Wednesday, May 1, 2013

Pesanan penting Sheikh Dr. Usamah Al-Azhari

Bismillahir Rahmanir Rahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam ini,,
dan salam sejahtera serta selawat keatas junjungan Saiyyiduna Muhammad saw,,
serta keatas keluarga nya dan para sahabatnya,,
dan rahmat Allah keatas 'Alim Ulama dan Para Solehin dan Syuhada'.
dan mereka2 yang mengikut mereka itu
sehingga Hari Kiamat..Amma ba'du.

Assalamu'alaikum..disini kami ingin memesan dan menyampaikan kepada kalian,,
pesanan daripada Guru kami yang telah dipesan oleh guru kepada guru kami
yang sangat penting..pada 21/4/2013 ,,kami telah ke masjid IIUM 
campus Gombak,dimana telah dianjurkan Grand Talaqqi 
yang mana dijemput Ulama' Muda Mesir iaitu 
Al-Alim Al-Allamah Al-Faqih Al-Musnid Al-Muhaddith Sheikh Dr. Usamah 
As-Sayyed Mahmud Al-Azhari,, mendapat Ph.D dan master di 
Universiti kedua tertua di Dunia iaitu Al-Azhar Asy-Syarif
dalam bidang pengajian Hadith sedangkan beliau
sekarang beliau baru 37 tahun (belum kahwin) hee ;) ...
itu lah serba sedikit mengenai Guru kami ini,,yang ketika sepanjang majlis itu
bertutur dalam bahasa Arab yang diterjemahkan oleh juga guru
kami yang Alim Al-Fadhil Ustaz Muhadir Hj Joll
As-Sanary..

Telah memesan Guru Kami (Dr. Usamah) yang sangat pakar dalam bidang hadith
"Tidak ada seorang pun yang paling mahir dan paling mendalam syarahan
dalam menghuraikan Hadith baginda Nabi saw di dunia ini
melainkan beliau (Dr. Usamah)"[Aliff Al-Majidee],
beliau berkata (lebih kurang) "Telah memesan Masyaikh ku akan betapa pentingnya membaca
setiap Mukadimah Kitab-Kitab yang ingin dibaca,kerana
ia sangat lah penting kerana dengan membaca
mukadimah itu kita akan mengetahui
Fikrah penulis, Method penulis, apa yang tujuan penulis menulis Kitab itu,
apa yang menjadi rujukannya, apa yang ingin disampaikan
melalui penulisan itu, apa yang ingin pembaca memahami,
sehingga ada seorang sheikh di Mesir telah
menmbuku kan sebuah kitab yang hanya menulis lebih daripada 500 mukadimah kitab-kitab
Ulama yang terdahulu, dan betapa penting nya jika penulis2
atau penterjemah2 kitab2 Arab kepada Bahasa2
lain agar tidak menulis dengan meninggalkan
Mukadimah2 asal penulis2 asal kitab2 tersebut kerana mereka2 yang terkemudian tidak
akan tahu apakah fiqrah dan method penulis asal itu lantas meninggalkan
atau tidak mempelajari kitab itu kerana tidak jelas akan fiqrah 
penulis itu."

Di sini menunjukkan penting nya anda membaca Mukadimah setiap kitabyang hendak kalian
baca. Bagi yang mahu mengarang jangan ditinggalkan bahagian muqadimah.
Agar para pembaca tahu apa yang ingin anda sampaikan
melalui penulisan itu.sekian dari kami..
Assalamu'alaikum. :)

Thursday, September 27, 2012

Sanad


Bismillahi Rahmani Rahim.
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin.wassolatuwassalamu’ala Saiyyidina Muhammad
Wa’ala Aliihi wasohbihi ajma’in…wa ba’du.
Pada post kali ini ada sedikit soal jawab yang ingin kami sampaikan.
Soalan : Apakah kepentingan Sanad dalam pengajian?

Jawapan : telah berkata Ulama’ , jikalau tiada sanad maka orang akan berkata mengikut apa yang mereka mahukan. “Di akhir Zaman ini akan ada manusia yang hanya pandai berkata2, berdebad, berpidato, dan sebagainya sedangkan didalamnya kosong (tidak berilmu)”,Imam Ghazali ra. Maka kita perlulah belajar Ilmu secara bertalaqqi dan bersanad dari para masyaikh dan Ulama’ agar kita mendapat ilmu yang benar dan tahqiq.
Ilmu yang bersanad : Ialah ilmu yang bersambung dan jelas susur galurnya . Seperti kita belajar daripada tuk guru kita, tuk guru kita belajar daripada Tuk guru nya, bersambung sehingga Tuk kenali, dan ilmu itu terus bersambung kepada Imam Abdullah al-Haddad, bersambung kepada Imam An-Nawawi, sambung kepada Imam Asy-Syafie dan terus lagi kepada para Tabi’ Tabi’in yang memperolehi Ilmu tersebut daripada para tabi’in, para Tabi’in mempelajari ilmu tersebut daripada Para Shohabat rad an para Shohabat ra mendapat Ilmu itu terus melalui Sayyiduna Rasulullah saw. Sangat kuat dan Barokah ilmu2 ini.
Belajar secara bertalaqqi : Ialah belajar secara berguru, iaitu face to face dengan para masyhaikh menadah kitab2 dengan cara dan adab yang tertentu .. Wallahu ‘Alam.
InsyaAllah,kami mendapat maklumat dan ilmu ini sepanjang pengajian bersama para masyaikh dan Ustaz Fadzil Ismail al-Yamani.. Salam.

Wednesday, August 1, 2012

Hadits pertama


Setiap Nabi Memiliki Do'a yang Mustajab

Assalamu'alaikum :)
Tidak ada ertinya waktu siang, kalau dengan kita, kita tidak ingat pada Allah.
Tidak ada ertinya waktu petang, kalau dengan kita, kita tidak rindu pada Rasulullah.
Tidak ada ertinya waktu malam, kalau dengan kita, kita tidak sujud kepada Allah.
Kami ingin berkongsi Hadits-Hadits yang berkenaan dengan Syafa'at pada Hari Kiamat.
Pada post ini dan pada post-post seterusnya In Sya Allah..

" Dari Sayyidina Annas Ra, beliau berkata: Rasulullah saw bersabda: "Setiap Nabi telah memohon suatu permohonan kepada Allah, setiap Nabi memiliki do'a yang telah dipanjatkan kepada Allah untuk ummatnya, dan sesungguhnya aku telah menyimpan do'aku untuk ku jadikan sebagai syafaat bagi ummatku (pada hari Kiamat)." (Hr. Bukhari-Muslim)

Baginda menyatakan (ada) syafaat walaupun kepada orang-orang yang melakukan dosa besar,
lihatlah betapa Baginda menyayangi Ummatnya. Jadi kita tidak boleh menyatakan sifulan-sifulan itu masuk Neraka. Kerana kita tidak tahu yang buat itu boleh mendapat syafaat Baginda saw. Maka selagi Allah memberi peluang untuk kita hidup, gunakan lah peluang ini.

Kami merujuk dan memetik daripada kitab '' Kumpulan Risalah-Risalah Hadits Nabawi,Mereka yang mendapat Syafa'at Rasulullah' karangan Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki ra dan syarah-syarah nya sepanjang pengajian kami bersamanya.. In Sya Allah akan disambung pada post akan
datang.. Salam..

Tuesday, July 24, 2012

Hasad Dengki


Bismillahi ar-Rahmani ar-Rahim
Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin
Wassola Tuwassalamualaa Asyrafil Ambiyaa' Iwal mursalin
Waala Alihi Wasohbihi Ajma'ain
Ammaba'

Hari ini kami akan membincangkan tajuk , "hasad dan dengki"
Penyakit ini membawa bencana , bahkan telah bermula sejak zaman 
bermulanya dunia ini , dalam kisah :



Pertumpahan darah pertama yang berlaku di muka bumi dapat diketahui sebagaimana tercatat di dalam al-Quran melalui kisah Habil dan Qobil. Disebabkan dengkinya Qobil kepada Habil kerana Allah menerima kurban Habil dari kurbannya maka Qobil mengambil keputusan untuk membunuh saudaranya. Firman Allah yang bermaksud :

Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):” Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa; “Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam;”Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim”.Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi. Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi. Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: “Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?”. Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal. (al-Maidah : 27-31)
Mari ana berikan maksud Hasad dan Dengki :


Hasad adalah satu perkataan yang diambil dari perkataan bahasa arab yang membawa erti dengki. Ramai orang yang menyamakan iri hati dan dengki. Padahal kedua-dua perkara ini berbeza. Iri ertinya cemburu melihat nikmat atau kelebihan yang diperoleh orang lain dan dia ingin seandainya dialah yang mendapatkan nikmat itu dan bukan orang lain. Sedangkan dengki pula adalah benci melihat nikmat yang diterima orang lain dan berusaha supaya nikmat itu hilang.


Mari kami berikan cara2 nak menghilangkan penyakit ini

Insyaallah


  • Ingat lah bahawa hasad dan dengki ini menghapuskan amalan baik yang telah antum lakukan sebelum ini ,,sangatlah rugi orang2 yang berhasad dan dengki seperti sabda Rasulullah s.a.w :
“Sesungguhnya hasad dan dengki itu akan memakan amal-amal baik sebagaimana api memakan (menghanguskan) kayu bakar”
  •  Jangan dilayan dan di bela perasaan Hasad dan Dengki itu ,biarkan saja or remove perasaan itu . Bahaya jika disemai dan dilayan . 
  •  Jika antum Dengki or Hasad kepada seseorang itu , cuba untuk bercerita baik mengenainya walaupun antum tidak suka kepadanya .  
  •  Iman yang Allah bagi tidak akan berkumpul dengan hasad dan dengki maksudnya penyakit ini menghakis iman kita . 
  •  Janganlah kamu menceritakan hasad dan dengki kamu itu kepada orang lain ,biarkan ia tersimpan dalam hati dan diamkan sahaja . 
Insyaallah jika antum ingin mengelakkan diri daripada di dengki orang
Insyaallah ini cara2 nya :
  • Hendaklah antum menyembunyikan niat yang ingin antum lakukan kalau ada lebih nikmat yang dikurniakan , kerana jika anyum menghebahkan perkara ini boleh menyebabkan orang lain hasad kepadanya .  
  •  Hendaklah antum semua mendoakan orang yang mendengki atau memaafkan mereka .


Insyaallah setakat ini sahaja catatan kami yang tidak seberapa ini .
kami mendapat ilmu ini sepanjang mengikuti kelas syeikhuna ,
Alhabib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Alhamid .
Sekian..

Assalamualaikum ~