Thursday, September 27, 2012

Sanad


Bismillahi Rahmani Rahim.
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin.wassolatuwassalamu’ala Saiyyidina Muhammad
Wa’ala Aliihi wasohbihi ajma’in…wa ba’du.
Pada post kali ini ada sedikit soal jawab yang ingin kami sampaikan.
Soalan : Apakah kepentingan Sanad dalam pengajian?

Jawapan : telah berkata Ulama’ , jikalau tiada sanad maka orang akan berkata mengikut apa yang mereka mahukan. “Di akhir Zaman ini akan ada manusia yang hanya pandai berkata2, berdebad, berpidato, dan sebagainya sedangkan didalamnya kosong (tidak berilmu)”,Imam Ghazali ra. Maka kita perlulah belajar Ilmu secara bertalaqqi dan bersanad dari para masyaikh dan Ulama’ agar kita mendapat ilmu yang benar dan tahqiq.
Ilmu yang bersanad : Ialah ilmu yang bersambung dan jelas susur galurnya . Seperti kita belajar daripada tuk guru kita, tuk guru kita belajar daripada Tuk guru nya, bersambung sehingga Tuk kenali, dan ilmu itu terus bersambung kepada Imam Abdullah al-Haddad, bersambung kepada Imam An-Nawawi, sambung kepada Imam Asy-Syafie dan terus lagi kepada para Tabi’ Tabi’in yang memperolehi Ilmu tersebut daripada para tabi’in, para Tabi’in mempelajari ilmu tersebut daripada Para Shohabat rad an para Shohabat ra mendapat Ilmu itu terus melalui Sayyiduna Rasulullah saw. Sangat kuat dan Barokah ilmu2 ini.
Belajar secara bertalaqqi : Ialah belajar secara berguru, iaitu face to face dengan para masyhaikh menadah kitab2 dengan cara dan adab yang tertentu .. Wallahu ‘Alam.
InsyaAllah,kami mendapat maklumat dan ilmu ini sepanjang pengajian bersama para masyaikh dan Ustaz Fadzil Ismail al-Yamani.. Salam.