Wednesday, May 1, 2013

Pesanan penting Sheikh Dr. Usamah Al-Azhari

Bismillahir Rahmanir Rahim..
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam ini,,
dan salam sejahtera serta selawat keatas junjungan Saiyyiduna Muhammad saw,,
serta keatas keluarga nya dan para sahabatnya,,
dan rahmat Allah keatas 'Alim Ulama dan Para Solehin dan Syuhada'.
dan mereka2 yang mengikut mereka itu
sehingga Hari Kiamat..Amma ba'du.

Assalamu'alaikum..disini kami ingin memesan dan menyampaikan kepada kalian,,
pesanan daripada Guru kami yang telah dipesan oleh guru kepada guru kami
yang sangat penting..pada 21/4/2013 ,,kami telah ke masjid IIUM 
campus Gombak,dimana telah dianjurkan Grand Talaqqi 
yang mana dijemput Ulama' Muda Mesir iaitu 
Al-Alim Al-Allamah Al-Faqih Al-Musnid Al-Muhaddith Sheikh Dr. Usamah 
As-Sayyed Mahmud Al-Azhari,, mendapat Ph.D dan master di 
Universiti kedua tertua di Dunia iaitu Al-Azhar Asy-Syarif
dalam bidang pengajian Hadith sedangkan beliau
sekarang beliau baru 37 tahun (belum kahwin) hee ;) ...
itu lah serba sedikit mengenai Guru kami ini,,yang ketika sepanjang majlis itu
bertutur dalam bahasa Arab yang diterjemahkan oleh juga guru
kami yang Alim Al-Fadhil Ustaz Muhadir Hj Joll
As-Sanary..

Telah memesan Guru Kami (Dr. Usamah) yang sangat pakar dalam bidang hadith
"Tidak ada seorang pun yang paling mahir dan paling mendalam syarahan
dalam menghuraikan Hadith baginda Nabi saw di dunia ini
melainkan beliau (Dr. Usamah)"[Aliff Al-Majidee],
beliau berkata (lebih kurang) "Telah memesan Masyaikh ku akan betapa pentingnya membaca
setiap Mukadimah Kitab-Kitab yang ingin dibaca,kerana
ia sangat lah penting kerana dengan membaca
mukadimah itu kita akan mengetahui
Fikrah penulis, Method penulis, apa yang tujuan penulis menulis Kitab itu,
apa yang menjadi rujukannya, apa yang ingin disampaikan
melalui penulisan itu, apa yang ingin pembaca memahami,
sehingga ada seorang sheikh di Mesir telah
menmbuku kan sebuah kitab yang hanya menulis lebih daripada 500 mukadimah kitab-kitab
Ulama yang terdahulu, dan betapa penting nya jika penulis2
atau penterjemah2 kitab2 Arab kepada Bahasa2
lain agar tidak menulis dengan meninggalkan
Mukadimah2 asal penulis2 asal kitab2 tersebut kerana mereka2 yang terkemudian tidak
akan tahu apakah fiqrah dan method penulis asal itu lantas meninggalkan
atau tidak mempelajari kitab itu kerana tidak jelas akan fiqrah 
penulis itu."

Di sini menunjukkan penting nya anda membaca Mukadimah setiap kitabyang hendak kalian
baca. Bagi yang mahu mengarang jangan ditinggalkan bahagian muqadimah.
Agar para pembaca tahu apa yang ingin anda sampaikan
melalui penulisan itu.sekian dari kami..
Assalamu'alaikum. :)