Bismillahi Rahmani
Rahim.
Alhamdulillahi Rabbil
‘Alamin.wassolatuwassalamu’ala Saiyyidina Muhammad
Wa’ala Aliihi
wasohbihi ajma’in…wa ba’du.
Pada post kali ini
ada sedikit soal jawab yang ingin kami sampaikan.
Soalan : Apakah kepentingan Sanad dalam pengajian?
Jawapan : telah berkata Ulama’ , jikalau tiada sanad
maka orang akan berkata mengikut apa yang mereka mahukan. “Di akhir Zaman ini
akan ada manusia yang hanya pandai berkata2, berdebad, berpidato, dan
sebagainya sedangkan didalamnya kosong (tidak berilmu)”,Imam Ghazali ra. Maka
kita perlulah belajar Ilmu secara bertalaqqi dan bersanad dari para masyaikh
dan Ulama’ agar kita mendapat ilmu yang benar dan tahqiq.
Ilmu yang bersanad : Ialah ilmu yang bersambung dan
jelas susur galurnya . Seperti kita belajar daripada tuk guru kita, tuk guru
kita belajar daripada Tuk guru nya, bersambung sehingga Tuk kenali, dan ilmu
itu terus bersambung kepada Imam Abdullah al-Haddad, bersambung kepada Imam
An-Nawawi, sambung kepada Imam Asy-Syafie dan terus lagi kepada para Tabi’
Tabi’in yang memperolehi Ilmu tersebut daripada para tabi’in, para Tabi’in
mempelajari ilmu tersebut daripada Para Shohabat rad an para Shohabat ra
mendapat Ilmu itu terus melalui Sayyiduna Rasulullah saw. Sangat kuat dan
Barokah ilmu2 ini.
Belajar secara bertalaqqi : Ialah belajar secara
berguru, iaitu face to face dengan para masyhaikh menadah kitab2 dengan cara
dan adab yang tertentu .. Wallahu ‘Alam.
InsyaAllah,kami
mendapat maklumat dan ilmu ini sepanjang pengajian bersama para masyaikh dan
Ustaz Fadzil Ismail al-Yamani.. Salam.
No comments:
Post a Comment