Bismillahi ar-Rahmani ar-Rahim
Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin
Wassola Tuwassalamualaa Asyrafil Ambiyaa' Iwal mursalin
Waala Alihi Wasohbihi Ajma'ain
Ammaba'
Ammaba'
Hari ini kami akan membincangkan tajuk , "hasad dan dengki"
Penyakit ini membawa bencana , bahkan telah bermula sejak zaman
bermulanya dunia ini , dalam kisah :
Pertumpahan darah pertama yang berlaku di muka bumi dapat diketahui sebagaimana tercatat di dalam al-Quran melalui kisah Habil dan Qobil. Disebabkan dengkinya Qobil kepada Habil kerana Allah menerima kurban Habil dari kurbannya maka Qobil mengambil keputusan untuk membunuh saudaranya. Firman Allah yang bermaksud :
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):” Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa; “Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam;”Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim”.Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi. Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi. Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: “Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?”. Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal. (al-Maidah : 27-31)
Mari ana berikan maksud Hasad dan Dengki :
Hasad adalah satu perkataan yang diambil dari perkataan bahasa arab yang membawa erti dengki. Ramai orang yang menyamakan iri hati dan dengki. Padahal kedua-dua perkara ini berbeza. Iri ertinya cemburu melihat nikmat atau kelebihan yang diperoleh orang lain dan dia ingin seandainya dialah yang mendapatkan nikmat itu dan bukan orang lain. Sedangkan dengki pula adalah benci melihat nikmat yang diterima orang lain dan berusaha supaya nikmat itu hilang.
Mari kami berikan cara2 nak menghilangkan penyakit ini
Insyaallah
“Sesungguhnya hasad dan dengki itu akan memakan amal-amal baik sebagaimana api memakan (menghanguskan) kayu bakar”
- Ingat lah bahawa hasad dan dengki ini menghapuskan amalan baik yang telah antum lakukan sebelum ini ,,sangatlah rugi orang2 yang berhasad dan dengki seperti sabda Rasulullah s.a.w :
- Jangan dilayan dan di bela perasaan Hasad dan Dengki itu ,biarkan saja or remove perasaan itu . Bahaya jika disemai dan dilayan .
- Jika antum Dengki or Hasad kepada seseorang itu , cuba untuk bercerita baik mengenainya walaupun antum tidak suka kepadanya .
- Iman yang Allah bagi tidak akan berkumpul dengan hasad dan dengki maksudnya penyakit ini menghakis iman kita .
- Janganlah kamu menceritakan hasad dan dengki kamu itu kepada orang lain ,biarkan ia tersimpan dalam hati dan diamkan sahaja .
Insyaallah jika antum ingin mengelakkan diri daripada di dengki orang
Insyaallah ini cara2 nya :
- Hendaklah antum menyembunyikan niat yang ingin antum lakukan kalau ada lebih nikmat yang dikurniakan , kerana jika anyum menghebahkan perkara ini boleh menyebabkan orang lain hasad kepadanya .
- Hendaklah antum semua mendoakan orang yang mendengki atau memaafkan mereka .
Insyaallah setakat ini sahaja catatan kami yang tidak seberapa ini .
kami mendapat ilmu ini sepanjang mengikuti kelas syeikhuna ,
Alhabib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Alhamid .
Sekian..
Assalamualaikum ~
No comments:
Post a Comment